Thursday, 4 December 2014

malam yang sepi...pi..pi.. pak mat jual kopi

assalamualaikum..

macam mana nak mulakan pon aku tak tau laa. sebab aku tak teringat pon yang aku ade blog ni..ni pon sebab aku da terlampau tension dengan segala kerja aku yang bertimbun macam , aku rasa ni jalan terbaik bagi mengurangan ketensionan aku ni..hehe..


jam sekarang da menunjukkan 1.30 am bermakna da masuk 5/12/2014 aku rasa nak dekat 7 bulan aku bersama dgn sidia...siapa sidia tu..mesti korang nak tau sngt kan, sidia tu bernama Fatheen Ellina Asheqeen Binti Rusdisham panjang kan nama dia..dia tu la teman paling baik merangkap cinta hati..aku pon tak tau la mcm mne dia bole terukir name dia kt dlm hati aku ni..(eceh..ayat nk jiwang lak) dia ni kire mcm special la untk aku sbb bgi aku dia ni seorang yg mnje,seorang yg biase2 je..tp dia pndai ,time dia spm dpt 7A sbnrnye aku bngge dgn dia tapi aku buat biase2 je..(tak pernah puji) haha,,jahat2..dia ni jugak seorang yang agak panas baran tp dia xbole lawan dgn kelembutan hati aku ni haa..bermakna bile dia start nk marah je aku pon jalan kje la bgi meredakan kemarahan dia..pastu dia ni manje sngt smpai setiap hari kalau bole nk aku wassap dia rindu katanye..hehe..(paku dulang,paku serpih mengata orang dia yang lebih) itu la aku..sbnrnye aku pon same..madah nk rindu je..hehe..banyak la lagi sifat dia yang aku suke..walaupon umur dia beza dua tahun dgn aku perwatakan dia da mcm mak org asyik nk membebel je kje,,hehe..senang cite aku ni da terlebih bahgia dgn dia..

ha..ni la dia pujaan hati aku (comelkan)

aku tak tau nak ckp mcm mne tp aku mmg bahgia sangat dgn dia..yang sbnrnye aku dri tdi stalker blog dia..aku curi la gambar mse dia budak2 lagi..siyes talk la.gambar mse dia kecik lagi comel tp aku tak la upload ni kira privasi kami..hehe..


ni gambar mase kami berjoging same2..nampak ayu je kan dia tu (cikgu ayu katanye)

yang ni pulak gambar adik kesyangan dia n ibu dia..ibu dia ni sporting sangat mase first time jumpe tu aku dah ilang darah sedulang..haha..sebab first time jumpe..ibu dia ni da kire mcm mak aku sendiri sbb bagi nasihat dekat aku n aten..mcm2 nasihat yg dibagi..mak aku lagi banyak ..hehe..tak nak kalah..walaupon kami ni belum disatukan tp aku tetap hormat dia dgn org laen pon aku hormat tp hok ni special sikit maklum la bakal mak mentua..hihi..setiap doa aku,msti aku doa kn semoga hubungan kami lebih panjang hingga ke alam perkahwinan..aku tak la cinta2 monyet ni..inshaa Allah kalau diberi ruang dan waktu aku nk memperkenalkan mak aku dgn besan dia ni,,huhu..walau apa pon aku tetap habis kan pengajian aku sehingga aku da bekerja tetap baru la aku msuk minang..aku tak nak dia idop dgn kesusahan..dan aku tak nak la dia lalui yg sama mcm aku dulu..

aku rase nk upload gambar aku la..tggu jap


haa..ni laa aku..xde la hensem mne,tp bersyukur la sbb ni la ciptaan Allah untuk aku



ok..sambung cerita aku balik..jam da menunjukkan 2.26 am..masih tekun menaip..hehe..maklum laa..ni pon boleh kurangkan stress..aku ni tgh2 syok buat ayat sekali boleh kedengaran noti message dari facebook..aku bukak la..tgok dia chat aku..aduh..terkantoi lak aku tak tidur lagi..lepas tu sebok mintak link blog aku..blog aku ni bkn ade ape pon..yg geram nye dia bole xtau link blog aku..rse nk cubit je dia tu..kacau la dia tu tgh syok2 ni sebok suruh cpt update blog..hehe.maklum la aku ni jarang nk berblog2 ni,,tu yg lambat sikit..banyak sangat kenangan aku dgn dia tu..daripada kes manje2 sampai la ke kes gadoh2..dgr perkataan gadoh ni yg aku seram sikit..sbb ade skali tu aku gadoh besar dgn dia..atas sebb2 tertentu..aku da serik da nk gadoh2..bagi aku tu adalah satu pengalaman untk aku..susah kot nk pujuk hati dia yang keras mcm batu ..batu pon kalah ..pujuk makan masa dua minggu baru dia ok dan kembali seperti biase..

aku rasa mcm da lme sngt aku menaip ni,,mate pon da mula kuyu,,hajat tdi nk edit video interview tp bole pulak terbukk blog..tu yg melekat kt sini..ok la..rasenye smpai sini je kot cite aku malam ni.nk smbng wt kje aku yg bertimbun mcm nasi padang..hehe,,mcm xde kaitan je kan..tp aku ni sbnrnye bnyak yg ditolng dri org bernama fatheen merangkap assist aku,,hehehe

ok la jumpe lagi...assalamualaikum





Monday, 31 March 2014

assalamualaikum



Hari ni tak nak cerita banyak la,cuma nk cerita tentang pengalaman duduk dibawah jagaan PEYATIM.saya Mohamad Asril bin Mansor dilahirkan Hospital Sultanah Aminah,anak 5 dari 6 adik beradik. Pengalaman saya duduk di asrama lebih kurang 7 tahun bermula dari darjah 6 sampai la sekarang.Pada umur 12 tahun saya ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor.Untuk pengetahuan anda semua Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) adalah salah sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan anak yatim dan golongan miskin.Peyatim menpunyai 69 buah pusat jagaan dan di johor terdapat 9 buah pusat jagaan iaitu di daerah Segamat,Pontian,Mersing,Kota Tinggi,Kluang,Batu Pahat,Muar,dan Johor Bahru.


Pada 1 januari 2005 bermula hari pertama kehidupan saya di asrama iaitu di pertubuhan kebajikan anak yatim johor (rumah barkat) yang beralamat di no 118, jalan bukit cagar 80300 johor bahru johor, sesiapa pon mesti takut untuk melalui kehidupan di asrama sebab takut dengan perkataan BULI,tapi bagi saya buli ni tak pernah wujud di asrama,kadang kala ada jugak abang2 senior yg menggangu adik2,mereka sebenarnya tidak membuli tapi tu cara mereka untuk mengenali adik mereka dengan lebih rapat.pengalaman saya disana amat la sangat bermakna bagi saya.bermacam-macam situasi yang saya lalui.Rumah Barkat telah menyusun atur jadual untuk pelajar yg berada ditempat tersebut.banyak aktiviti yang diadakan di rumah barkat dengan kerjasama dari agensi-agensi luar antaranya universiti teknologi malaysia dan lain lagi.perkara yang paling seronok ialah mengikuti sukan anak yatim (SUKYA) dan majlis tilawah al-quran antara anak yatim peringkat kebangsaan dari aktiviti tersebut pelajar akan berjumpa dengan kawan dari seluruh negara di bawah PEYATIM malaysia lebih kurang 4000 org.saya pernah bertanding dalam acara nasyid di peringkat negeri yang di adakan di pertubuhan kebajikan anak yatim islam mersing dan peringkat kebangsaan di adakan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 2006.Alhamdullilah rumah barkat telah memenangi di  tempat pertama pada peringkat negeri dan tempat kedua pada peringkat kebangsaan.perkara yang paling sedih yang pernah saya lalui ialah untuk meninggalkan rumah barkat kerana had kehidupan saya disana telah tamat pada tahun 2010.kerana banyak pengalaman pahit dan manis saya lalui bersama kawan-kawan seperjuangan.



gambar diatas ialah staf yang diberi amanah untuk mendidik anak-anak yatim di RUMAH BARKAT

gambar pelajar lelaki pada tahun 2010 (umur saya 17 tahun)


ini adalah salah satu aktiviti yang diadakan dengan kerjasama dari agensi luar (majlis bebuka puasa bersama majlis tertinggi umno di PWTC)

pejabat pengurusan

dewan nur-sakinah

asrama ibnu sina (lelaki)

asrama nur sakinah (perempuan)

sekian dari saya,semoga anda semua terhibur dengan cerita yang saya sampaikan (kalau tak sampai boleh tanya).saya memang tak dapat nk gambarkan macam mana pengalaman yang saya lalui.terima kasih diucapkan kepada pertubuhan kebajikan anak yatim johor (rumah barkat) sudi mengambil terima kehadiran saya yang nakal :)

pejabat pengurusan rumah barkat 2014

ikhlas dari:
mohamad asril bin mansor