Monday, 31 March 2014

assalamualaikum



Hari ni tak nak cerita banyak la,cuma nk cerita tentang pengalaman duduk dibawah jagaan PEYATIM.saya Mohamad Asril bin Mansor dilahirkan Hospital Sultanah Aminah,anak 5 dari 6 adik beradik. Pengalaman saya duduk di asrama lebih kurang 7 tahun bermula dari darjah 6 sampai la sekarang.Pada umur 12 tahun saya ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor.Untuk pengetahuan anda semua Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) adalah salah sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan anak yatim dan golongan miskin.Peyatim menpunyai 69 buah pusat jagaan dan di johor terdapat 9 buah pusat jagaan iaitu di daerah Segamat,Pontian,Mersing,Kota Tinggi,Kluang,Batu Pahat,Muar,dan Johor Bahru.


Pada 1 januari 2005 bermula hari pertama kehidupan saya di asrama iaitu di pertubuhan kebajikan anak yatim johor (rumah barkat) yang beralamat di no 118, jalan bukit cagar 80300 johor bahru johor, sesiapa pon mesti takut untuk melalui kehidupan di asrama sebab takut dengan perkataan BULI,tapi bagi saya buli ni tak pernah wujud di asrama,kadang kala ada jugak abang2 senior yg menggangu adik2,mereka sebenarnya tidak membuli tapi tu cara mereka untuk mengenali adik mereka dengan lebih rapat.pengalaman saya disana amat la sangat bermakna bagi saya.bermacam-macam situasi yang saya lalui.Rumah Barkat telah menyusun atur jadual untuk pelajar yg berada ditempat tersebut.banyak aktiviti yang diadakan di rumah barkat dengan kerjasama dari agensi-agensi luar antaranya universiti teknologi malaysia dan lain lagi.perkara yang paling seronok ialah mengikuti sukan anak yatim (SUKYA) dan majlis tilawah al-quran antara anak yatim peringkat kebangsaan dari aktiviti tersebut pelajar akan berjumpa dengan kawan dari seluruh negara di bawah PEYATIM malaysia lebih kurang 4000 org.saya pernah bertanding dalam acara nasyid di peringkat negeri yang di adakan di pertubuhan kebajikan anak yatim islam mersing dan peringkat kebangsaan di adakan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 2006.Alhamdullilah rumah barkat telah memenangi di  tempat pertama pada peringkat negeri dan tempat kedua pada peringkat kebangsaan.perkara yang paling sedih yang pernah saya lalui ialah untuk meninggalkan rumah barkat kerana had kehidupan saya disana telah tamat pada tahun 2010.kerana banyak pengalaman pahit dan manis saya lalui bersama kawan-kawan seperjuangan.



gambar diatas ialah staf yang diberi amanah untuk mendidik anak-anak yatim di RUMAH BARKAT

gambar pelajar lelaki pada tahun 2010 (umur saya 17 tahun)


ini adalah salah satu aktiviti yang diadakan dengan kerjasama dari agensi luar (majlis bebuka puasa bersama majlis tertinggi umno di PWTC)

pejabat pengurusan

dewan nur-sakinah

asrama ibnu sina (lelaki)

asrama nur sakinah (perempuan)

sekian dari saya,semoga anda semua terhibur dengan cerita yang saya sampaikan (kalau tak sampai boleh tanya).saya memang tak dapat nk gambarkan macam mana pengalaman yang saya lalui.terima kasih diucapkan kepada pertubuhan kebajikan anak yatim johor (rumah barkat) sudi mengambil terima kehadiran saya yang nakal :)

pejabat pengurusan rumah barkat 2014

ikhlas dari:
mohamad asril bin mansor







No comments:

Post a Comment